kristianisasi di korea

Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul daripada diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW). Oleh itu, maafkan dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

(Surah Al Baqarah 2 :109)

Ulasan : Penegasan Allah tentang sikap dengki golongan ini terhadap orang Islam yang membawa kepada usaha mereka untuk menjadikan umat Islam kufur terhadap Allah. Kemaafan yang diberikan dalam ayat ini bukan untuk umat Islam berdiam diri. Umat Islam mesti terus berwaspada dan menangani dengan bijaksana. Jika sampai ke tahap menyeru kepada kekufuran, umat Islam mesti bertindak. – Pendedahan Agenda Kristian, Majlis Agama Islam Selangor.

Isu Kristianisasi terasa dekat dengan diri kerana pernah disapa berkali-kali oleh pendakyah Kristian di Korea suatu masa dahulu. Semasa menunggu melintas jalan di lampu isyarat, di dalam keretapi, sedang menunggu bas, malah di depan dan dalam rumah kami sendiri.

Begitu giat mereka melaksanakan penyebaran sehingga Korea menjadi negara terbesar pengeksport mubaligh Kristian di rantau Asia, dan kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dengan menghantar 27,436 misionari ke lebih 170 buah negara pada tahun 2017.

Mereka malah sampai ke puncak gunung Sinai dan menyanyikan lagu ketuhanan mereka di sana.

Di bumi Malaysia, agama Islam merupakan agama persekutuan negara, masakan mungkin satu hari nanti akan menjadi Negara Kristian bukan?

Mungkin sudah tiba masanya untuk umat Islam di Malaysia mengambil cakna tentang ancaman kristianisasi di negara kita. Sama sekali bukan menyuruh membenci agama Kristian itu sendiri, tapi menjadi kefardhuan untuk kita pertahankan Islam sekiranya terdapat unsur menyebarkan dakyah agama lain kepada muslim.

Penetapan agama Islam sebagai agama persekutuan menunjukkan Islam bukan setaraf dengan agama lain. Tetapi ini tidak menafikan hak penganut agama lain mengamalkan agama mereka.

Ianya bukan angan atau omongan kosong kerana sudah banyak terbongkar maklumat tentang matlamat evangelis Kristian yang mensasarkan untuk menjadikan Malaysia Negara Kristian dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pernah juga saya mendengar dakyah secara tidak langsung oleh kawan Kristian warganegara Malaysia sendiri. Mereka mengadakan pertemuan di rumah kerana kami tinggal sesama pelajar Malaysia pelbagai bangsa. Agak pelik mendengarkan mereka berbual tentang keindahan menganut agama Kristian dalam Bahasa Inggeris, sedangkan mereka semua boleh saja bercakap bahasa ibunda mereka kerana tiada siapa disitu yang tidak faham jika mereka berbuat demikian kecuali saya seorang yang sedang membasuh pinggan berdekatan tempat mereka berkumpul.

Kini evangelis Kristian mensasarkan tanah Semenanjung Malaysia selepas mereka berjaya menusup masuk dalam segenap ceruk di Sabah dan Sarawak. Selang beberapa ratus meter kelihatan gereja-gereja malahan bilangannya jauh lebih banyak berbanding surau dan masjid.

Jika di Korea, kerana kuatnya pegaruh evangelis Kristian yang mendalangi Islamophobia di sana, perancangan awal untuk membina rumah ibadah bergerak di Sukan Olimpik 2018 bertempat di Pyeongchang, Korea Selatan terpaksa dibatalkan kerana mendapat tentangan keras.

Sesuatu yang amat membimbangkan jika suatu ketika nanti negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam, undang-undang dan pemerintahannya dipelopori golongan evangelis justeru akan menjejaskan kedaulatan Islam, di mana matlamat mereka adalah menaikkan agama Kristian. Bukan sahaja aktiviti murtad berleluasa secara terbuka, malah umat Islam disekat untuk mengamalkan ajaran Islam seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara majoriti bukan Islam.

Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia menjalankan peranan masing-masing dalam mempertahankan agama Islam yang kita cintai. Jika hingga sampai dakyah kristianisasi menyapa daun pintu rumah kita, terlalu banyak kerosakan yang perlu kita perbaiki berbanding mencegah perkara itu daripada berlaku di peringkat awal.

Tulisan: Zaujati Nurul Nadzirah Murtadha

2M Jantung Hati Kami

October 12, 2018

Allahuakbar, betapa cepat masa berlalu. Dalam 3 tahun usia perkahwinan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata. Betapa bahagianya kehidupan ini hanya Allah yang tahu.

Disebabkan komitmen kerja di Pengerang, membuatkan ramai kawan-kawan memilih untuk berjauhan dengan keluarga. Ditambah pula dengan harga sewa rumah yang tinggi, mereka memilih untuk tinggal sahaja di hotel yang disediakan oleh Petronas untuk staff. Tapi saya memilih untuk bawa mereka tinggal sekali. Terus terang kata, saya memang jenis yang tidak boleh duduk berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

2m

Setiap kali balik kerja, akan disambut oleh Musab dan Mawaddah di depan pintu. Melihat kelibat mereka saja sudah menyerikan rasa hati. Kepenatan kerja hilang bila melihat karenah dua orang anak ini. Celoteh yang tak pernah berhenti. Seorang nak cerita pasal A, seorang lagi nak cerita pasal B. Terpaksalah melayan dua orang budak bijak tu.

Memanglah bukan seperti orang lain, balik kerja penat-penat terus boleh berehat. Malam-malam boleh lepak minum sampai tengah malam. Bagi saya kerehatan setiap hari adalah apabila anak-anak dah selesai segala keperluan dan tidur lena (ataupun saya yang terlena dahulu). Alhamdulillah.

Walaupun tidaklah sesenang kehidupan orang lain, kami rasa cukup dengan apa yang ada.

Moga Allah terus limpahan keberkatan kepada kami sekeluarga. Terima kasih isteri yang amat ku sanjungi, banyak membantu melengkap kekurangan diri ini. Yang sedia menerima hidup sederhana bersama. Yang banyak berkorban menjaga dan mendidik anak-anak, Yang memilih untuk tidak berkerja walaupun mempunyai ijazah uni luar negara.  Hanya Allah yang mampu membalas segala budi baik mu, isteriku sayang.

Pengerang, Pengemudian Baru

October 7, 2018

Februari 2018 membawa satu lembaran baru buat kami sekeluarga. Satu lagi penghijrahan berlaku. Satu lagi tempat asing kami terokai.

Kini 8 bulan berlalu. Antara perkara penting yang berlaku ialah kami membeli sebuah rumah Semi-D di Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar. Alhamdulillah harga yang kami dapat boleh dikatakan rendah berbanding harga pasaran. Tak sabar nak masuk rumah baru kami.

Satu nikmat berharga yang Allah kurniakan ialah jiran. Di sebelah rumah sewa kami ketika ini didiami pasangan guru yang sangat mesra dan baik. Kami saling bertukar makanan ketika Ramadhan lepas, saling ziarahi rumah dan bertanya khabar. Syukur alhamdulillah.

InsyaAllah nanti saya akan update lagi insyaAllah.

Ha Ana Dza !

January 26, 2018

ليس الفتى من يقول كان ابى ولكن الفتى من يقول هاأناذا

Ertinya: “Bukanlah seorang pemuda yang mengatakan ‘Ini Bapakku’, tetapi yang dikatakan pemuda adalah mereka yang mengatakan ‘Inilah Aku’ (Saidina Ali RA)

Sebuah rumus dasar yang sederhana agar kita mampu mencapai ‘keberhasilan-kejayaan’ dalam kehidupan yang singkat ini. Apakah itu? HA ANA DZA! Inilah aku ; yang berani mengangkatkan jari di saat semua orang diam; yang berani tampil saat semua orang hanya menonton; yang berani menjadi luar biasa saat semua orang hanya biasa-biasa saja.

Disedari atau tidak, kebanyakan dari kita merasa besar dan bangga ketikamana disebutkan kebesaran bapa kita; bapaku adalah seorang pengetua sekolah; bapaku adalah seorang bisnesman yang hebat ; bapaku adalah orang yang paling berpengaruh di dalam masyarakat. Boleh saja kita bangga dengan semua itu, karena memang kebesaran yang telah dicapai oleh bapa kita adalah sebuah kebanggaan atas jerih payah dan usahanya. Namun, bila kita bangga dengan hanya bersembunyi di balik nama besarnya, maka hanya kerugian yang bakal kita perolehi. Kenapa demikan? Kerana kita hidup dengan nama kita sendiri, kita hidup untuk mempertanggung jawabkan amal dan perbuatan kita sendiri, kita hidup dengan jalan kita sendiri.

 

Wahai pemuda sejati !

Dunia melihat apa yang kita bawa, bukan melihat apa yang bapa kita bawa. Jika kita ingin diakui sebagai pemuda sejati, maka tunjukkanlah pada semua bahwa Ha Ana Dza ! bukan Ha Ana Dza yang kosong yang kita tawarkan pada dunia, akan tetapi Ha ana dza dengan bekal dan integriti. Bekali diri kita dengan kemampuan, integriti dan ketakwaan, maka kepercayaan dan pertanggungjawaban akan bisa kita peroleh.

 

Mari kita renungkan !

Bagaimana kita mampu tampil dan berseru HA ANA DZA di depan? Kerana kita berani. Bagaimana kita mampu berani? Kerana kita percaya diri. Bagaimana kita mampu percaya diri? Kerana kita mampu dan berkebolahan. Dan bagaimana agar kita mampu dan berkebolehan? Belajar!

Belajar adalah usaha kita, tangga pertama kita untuk mencapai tangga kedua, yakni tangga mampu; kemampuan didapat bukan kerana bakat semata-mata, melainkan dari proses belajar yang panjang. Belajar adalah sikap berani menentang segala ketidakmungkinan. Kerana ilmu yang tidak dikuasai akan menjelma dalam diri manusia menjadi sebuah ketakutan. Belajar dengan bersungguh-sungguh hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang bukan penakut. inilah utipan yang bisa kita ambil pelajarannya dalam man jadda wajada. Syair yang sudah kita kenal betul sejak dari kecil; barangsiapa yang bersungguh–sungguh maka dia akan berjaya.

 

Wahai pemuda sejati! Buatlah alasan untuk maju dan bertahan dalam perjuangan, jangan buat alasan untuk mundur dan berhenti !

Dalam Qiro’atu r Rosyidah, al-Ustadz Subakir Ahmad mengingatkan kepada kita ; tidaklah berguna jika kita melakukan sesuatu tanpa alasan, ibarat orang berjalan atau berkendaraan, ia tidak memiliki arah tujuan. Hal inilah yang sebenarnya mendasari rumus Ha Ana Dza.

Rumus Ha Ana Dza yang kita pelajari tadi ternyata tidak berlaku bagi semua orang. Hanya peribadi terpilihlah yang mampu mengimplementasikan dan merealisasikannya. Siapakah dia? Dia; yang mempunyai alasan untuk apa ia hidup ; yang mempunyai alasan untuk apa ia berjuang ; yang mempunyai alasan untuk apa ia bertahan.

Beliau, al-Ustadz subakir Ahmad menganjurkan kepada kita untuk membuat alasan itu, sebuah Ghordun Nabiilun ; tujuan yang mulia. Yakni tujuan yang mencakupi dunia dan akhirat, tujuan yang dibuat tidak hanya untuk kepentingan sendiri, tujuan yang dibuat atas dasar kesedaran akan siapa dirinya; sebagai hamba Allah dan sebagai manusia yang diciptakan hidup dengan sesamanya dan makhluk lainnya.

Wahai pemuda sejati, generasi Islam, harapan bangsa! Apa jadinya jika kita tidak memiliki tujuan hidup? Satu, kita tidak mempunyai semangat dan motivasi kuat untuk berjuang. Dua, kita akan mudah menyerah dan putus asa dengan keadaan. Dan tiga, tentu saja kesia-siaan, karena hidup dan usaha yang tanpa arah.

Ingatlah baik-baik! Ketika tujuan itu sudah kita genggam erat-erat dalam tangan kita, maka jadilah kita peribadi-peribadi terpilih, pemuda-pemuda sejati yang akan kembali mengibarkan bendera kejayaan Islam dan membangun kesejahteraan bangsa. Pemuda sejati, dialah pemuda dengan tujuan hidup yang mulia dan berani mengatakan “Ha Ana Dza!” kepada dunia.

Yaa ma’syaros Syabaab , hayya ‘ala l Falaah! Mari kita menuju kemenangan.

sblm berangkat2

Kenangan terakhir di Petronas Methanol Labuan, bersama cip Rizal Suhaimi.

Kerdilkah Nilai Pernikahan?

October 22, 2014

nilaipernikahan11

“Ah…mengapa pernikahan dinilai begitu rendahnya…”
Hanya punya teman sahur, bulan madu, kaya dan berkecukupan, foto-foto narsis, mesra berdua, sayang-sayangan, gombal-gombalan di fesbuk.
Inikah alasan kenapa Rasulullah menyatakan pernikahan adalah sunnahnya?
Hanya untuk itu?

Padahal dalam ikatan pernikahanlah Rasulullah di peluk oleh Khadijah ketika menggigil dan demam demi di datangi Jibril Alaihisallam pertama sekali.
Padahal dalam ikatan pernikahanlah Ali bin Abi Thalib menimba air hingga tangannya melepuh dan Ibunda Fathimah terluka tangannya bersebab menggiling gandum yang kasar.
Padahal dalam ikatan pernikahanlah Ummu Saudah berdiri hingga kaki berdarah untuk ikut shalat malam Rasulullah.

Kitalah yang mengkerdilkan pernikahan hingga menikah hilang maknanya. Seolah pernikahan hanya bicara rumah, mobil, anak, sekolah, liburan, dan kesuksesan dunia semata.
Kita lupa soalan akhirat yang lebih indah, hingga ketika marah pun bernilai ibadah.

Bukankah marah seorang suami kepada istrinya karena perbuatan maksiat sang istri adalah bernilai amal shalih kepada sang suami sekaligus menyelamatkan sang istri dari kesesatan?
Bukankah marahnya seorang istri kepada suami karena membawa pulang makanan haram kerumah adalah bernilai kebaikan kepadanya dan anak-anaknya dan menyelamatkan sang suami dari jilatan api neraka?

Maka wahai yang meremehkan pernikahan, sadarlah…. Seandainya saja engkau tahu kebaikan dan keberkahan satu hari saja hidup bersama lelaki atau wanita shalih yang Allah halalkan kepada kita, tentu kita akan membuang faktor ketakutan remeh temeh yang lainnya.
Kembalikan lagi kepada niat yang lurus, apakah menikah karena ibadah dan sunnah atau hanya karena hal dunia yang lainnya? Renungan buat yanğ sudah dan akan berumahtangga.

Penulis: Ust. Rahmat Idris

Mahasiswa dan D&T

February 25, 2014

RebuildSalahuddinGen

Mahasiswa perlu meyakini bahawa keterlibatan dalam amal Islami ini tidaklah sekali-kali akan menjejaskan prestasi akademik dan keaktifan beraktivitas di luar kampus. Mahasiswa perlu memahami keutamaan dan melakukan pengorbanan untuk memastikan tiada keciciran berlaku di antara ketiganya.

Mahasiswa yang benar-benar menginsafi perananannya dan beriltizam dengan misi dakwah & tarbiyah diri ini pasti akan dapat mengatur kehidupannya dengan sebaik-baiknya untuk melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna: “Sesungguhnya kewajipan yang ada itu lebih banyak daripada waktu yang ada.”. Ini menggambarkan bahawa seorang mahasiswa itu sebenarnya tidak mempunyai masa untuk bermain-main dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah atau kurang faedahnya seperti menonton drama televisyen, bermain permainan komputer, melepak, berpacaran dan sebagainya.

Sebaliknya seorang mahasiswa Islam perlu menghabiskan masanya dengan usaha-usaha amal Islami dengan niat yang ikhlas, kerana hanya mahasiswa Islam yang ikhlas berjuang sahaja yang akan mendapat pertolongan dan kemudahan daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan bahawa sesiapa yang berusaha untuk mempertahankan dan menegakkan agama Allah, maka pasti Allah akan menghadirkan pertolongan-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: ayat 7)

Apa yang penting sekarang ini adalah para mahasiswa perlu menggembleng segenap potensi yang ada pada diri mereka, dan melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah, untuk membebaskan masyarakat daripada belenggu kejahilan jajaan taghut dan membawa mereka kepada cahaya iman. Tugas besar ini pastinya memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua individu di dalam organisasi dakwah. Tenaga dan kepakaran yang pelbagai yang ada pada mahasiswa Islam harus digembleng sebaiknya.

Moga dengan penghayatan yang sempurna terhadap misi dakwah dan kepentingan tarbiyah menjadikan kehidupan seorang mahasiswa itu lebih bermakna bagi dirinya dan juga umat seluruhnya. Memang sehingga kini kita masih mendambakan seorang pemimpin yang terhasil dari mold Islam yang sempurna dan mempunyai ketokohan yang luar biasa.

cina

Tembok besar China, 2009

Subhanallah. Sungguh luar biasa hasil bagi keimanan terhadap Allah. Dia menjadi orang yang positif terhadap apa-apa kejadian dalam hidupnya.

Di hatinya, sebelum menempuh sesuatu, terselit kebimbangan manusiawi. Tapi dia bijak memujuk diri untuk meletakkan sandaran pada Allah, bukan pada dirinya sendiri. Lantas, tanpa sedikit pun pengetahuan tentang hasil yang bakal dia peroleh dari usahanya, dia memejamkan mata rapat-rapat dan menempuh jua penuh semangat. Dia amat optimis dan percaya, jika dia tak mampu menghadapinya, mana mungkin Allah meletakkannya dalam situasi ini. Jadi sebenarnya dia mampu! Yang penting, paksi kebergantungannya pada Allah tidak pernah terubah bahkan padu menusuk. Langkahannya gagah sekali!

Moga kita menjadi orang-orang yang melangkah berani, penuh optimis insyaAllah.

Telah Berpindah

October 1, 2009

pejuang

Buat pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, blog saya kini berpindah ke http://www.likukehidupan.com

Jumpa di sana.

p/s : Sila klik di gmbr untuk pautan

Koreksi Diriku

June 30, 2009

MuslimMeditation

Hari ini seperti biasa saya akan check semua website yang telah diberi tanggungjawab untuk dikemaskinikan. Tapi kali ini ketika buka admin site kimsnet, terasa seperti sayu semacam. Lepas satu, satu cabaran dihadapi. Banyak betul ranjau dan durinya. Bercabang-cabang laluannya. Berliku-liku lorongnya. Ya Allah, terkadangnya rasa seperti tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ini.

Saya bertanya kepada diri sendiri. Kenapa sampai boleh berlaku sebegini? Adakah ini salah diri ini? Adakah salah jalan yang ku pilih ini? Kenapa dia bertindak tanpa mengambil tahu perasaan orang lain? Dahulu saya jenis yang suka mendengar masalah orang lain. Ramai kawan yang datang mengadu masalah mereka kepada saya. Sampai ada seorang rakan yang pernah menangis lagi depan saya. Tapi sejak akhir-akhir ini, saya tidak lagi seperti itu. Bukan kerana hati semakin keras, TIDAK. Tapi keadaan sekeliling yang memaksa. Kalau ada yang datang mengadu, saya akan buat seperti tidak endah. Hati kecil berkata layan lah kawan itu, tapi…. tidak mampu. Hanya doa yang mampu saya sampaikan wahai kawan. Minta maaf kerana tidak menjadi pendengar yang setia. Tapi ketahuilah bahawa doaku sentiasa mengiringi kalian disetiapkali akhir solatku.

Kadang-kadang terasa seperti dirapati ketika ada kepentingan. Tapi ini mungkin lahir dari jiwa yang penuh dosa, jadi saya tolak perasaan syak wasangka ini jauh di satu sudut yang jauh. Biarkan ia pergi.

muhasabahKadang-kadang saya bertanya dalam diri sendiri. Kenapa susah seseorang itu hendak menyahut seruan solat berjemaah? Adakah dia tidak tahu itu berupa hadiah dari Allah yang sangat bernilai? Saya tercari-cari, siapakah yang mahu? Terkadangnya menangis tanpa air mata jika tiada siapa yang turut serta. Mujurlah ada beberapa orang kawan yang concern bab solat jemaah. Terima kasih kawan. Betapa saya ingin ucapkan sangat-sangat terima kasih kepadamu. Tapi tidak terkeluar dari mulutku ini. Cukuplah sekadar senyuman ku ukir ketika bersalaman denganmu. Saya sebenarnya amat malu dengan adik-adik batch 83. Mereka begitu istiqamah dengan solat jemaah. Saya bertanya balik kepada diriku, bagaimana dengan 67? Kalau saya pergi solat  dengan adik-adik dibawah, siapa hendak gerakkan solat jemaah untuk batch saya sendiri. Masalah ini telah lama berlegar-legar dalam kepalaku ini. Arghh…kenapa susah sangat ni. Jadi buat masa ini, saya hanya akan pergi bilik ke bilik tanya siap yang nak ikut solat jemaah. Jawapan yang selalu dengar. “Tak pe, pegi dulu….Nanti aku datang….eh solat dlu la, tak mandi lagi” Kalau kalian hendak tahu, luluh sangat-sangat hati ini dengar jawapan sebegitu. Kalian ini siapa hendak menolak pemberian Allah ini?  Hati kecil saya berkata, ahh lepas ini tak payah la tolong diorang. Kalau ada masalah komputer ke, biar je. Tapi diri ini bukan sebegitu rupa.

Kompleks betul hidup bermasyarakat ini. Kadang terasa keseorangan dalam keramaian. Ya Allah…pandulah hidup ku ini ke jalanMU. Aku sudah muak dengan mereka dan diriku yang selalu ingkar denganMU. Telah banyak kezaliman yang aku lakukan, tiada yang dapat mengampunkan aku selainMU Ya Allah. Ampunkanlah diriku, kuatkanlah diriku, jadikanlah aku hambaMU yang taat, anak yang soleh, sahabat yang terbaik, pelajar yang cemerlang. Ya Allah, hanya kepada Engkau aku berserah, hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan. Amin ya Rabbal’Alamin

entry kali ini sekadar koreksi diriku. Ayat yang tidak mampu diungkap dengan baik melalui tulisan. Tetapi begitu tersusun dalam hati kecilku. Diriku yang kompleks.

Jalan yang Panjang

June 29, 2009

jalanpanjangWahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku  kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain. Sesiapa yang bersabar bersama aku sehingga benih tumbuh, pokok menghijau, buah meranum dan tiba hari memetiknya, maka pahala bagi dia ada disisi Allah. Tidak akan terlepas dari kita dan dia pahala dari 2 kebaikan samada Kemenangan dan Kepimpinan atau Syahid dan Kebahagiaan

(Hasan Al-Banna)