Penghijrahan semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza. Dari Seoul ke KL, dari KL akhirnya membawa kami sekeluarga ke satu pulau yang tidak pernah terbayang untuk pergi melancong apatah lagi datang bermastautin, Pulau Labuan. Benarlah sekali pepatah dari Al-Quran, surah Ali-Imran, ayat 54: “Kita merancang, tetapi Allah jua merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang”.

pantai

Tanggal 18 Mei 2015, saya menjejakkan kaki di pulau serba indah dengan pantai yang membiru. Dari sudut pandangku, jelas perbezaan antara 2 wilayah persekutuan yang pernah ku duduki, KL dan Labuan. Labuan sangat menenangkan dan mendamaikan. Tiada istilah jauh, tiada istilah jem. Dari hujung ke hujung pulau hanya memakan masa 40 minit. Dari rumah ke tempat kerja di waktu pagi hari hanya memakan masa 15 minit. Berbeza ketikaku di KL, keluar rumah awal sesuai solat Subuh dan kembali semula ke rumah ketika waktu isyak. Allah… sungguh nikmat rasanya.

Inilah serba sedikit tentang pulau Labuan. Moga dengan penghijrahan kami ke sini akan dapat menambah seri kota dengan keluhuran dakwah dan menanam benih-benih tarbiyah pada generasinya. InsyaAllah.

Advertisements

Kerdilkah Nilai Pernikahan?

October 22, 2014

nilaipernikahan11

“Ah…mengapa pernikahan dinilai begitu rendahnya…”
Hanya punya teman sahur, bulan madu, kaya dan berkecukupan, foto-foto narsis, mesra berdua, sayang-sayangan, gombal-gombalan di fesbuk.
Inikah alasan kenapa Rasulullah menyatakan pernikahan adalah sunnahnya?
Hanya untuk itu?

Padahal dalam ikatan pernikahanlah Rasulullah di peluk oleh Khadijah ketika menggigil dan demam demi di datangi Jibril Alaihisallam pertama sekali.
Padahal dalam ikatan pernikahanlah Ali bin Abi Thalib menimba air hingga tangannya melepuh dan Ibunda Fathimah terluka tangannya bersebab menggiling gandum yang kasar.
Padahal dalam ikatan pernikahanlah Ummu Saudah berdiri hingga kaki berdarah untuk ikut shalat malam Rasulullah.

Kitalah yang mengkerdilkan pernikahan hingga menikah hilang maknanya. Seolah pernikahan hanya bicara rumah, mobil, anak, sekolah, liburan, dan kesuksesan dunia semata.
Kita lupa soalan akhirat yang lebih indah, hingga ketika marah pun bernilai ibadah.

Bukankah marah seorang suami kepada istrinya karena perbuatan maksiat sang istri adalah bernilai amal shalih kepada sang suami sekaligus menyelamatkan sang istri dari kesesatan?
Bukankah marahnya seorang istri kepada suami karena membawa pulang makanan haram kerumah adalah bernilai kebaikan kepadanya dan anak-anaknya dan menyelamatkan sang suami dari jilatan api neraka?

Maka wahai yang meremehkan pernikahan, sadarlah…. Seandainya saja engkau tahu kebaikan dan keberkahan satu hari saja hidup bersama lelaki atau wanita shalih yang Allah halalkan kepada kita, tentu kita akan membuang faktor ketakutan remeh temeh yang lainnya.
Kembalikan lagi kepada niat yang lurus, apakah menikah karena ibadah dan sunnah atau hanya karena hal dunia yang lainnya? Renungan buat yanğ sudah dan akan berumahtangga.

Penulis: Ust. Rahmat Idris

Mahasiswa dan D&T

February 25, 2014

RebuildSalahuddinGen

Mahasiswa perlu meyakini bahawa keterlibatan dalam amal Islami ini tidaklah sekali-kali akan menjejaskan prestasi akademik dan keaktifan beraktivitas di luar kampus. Mahasiswa perlu memahami keutamaan dan melakukan pengorbanan untuk memastikan tiada keciciran berlaku di antara ketiganya.

Mahasiswa yang benar-benar menginsafi perananannya dan beriltizam dengan misi dakwah & tarbiyah diri ini pasti akan dapat mengatur kehidupannya dengan sebaik-baiknya untuk melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahunya. Seperti apa yang pernah diungkapkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna: “Sesungguhnya kewajipan yang ada itu lebih banyak daripada waktu yang ada.”. Ini menggambarkan bahawa seorang mahasiswa itu sebenarnya tidak mempunyai masa untuk bermain-main dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah atau kurang faedahnya seperti menonton drama televisyen, bermain permainan komputer, melepak, berpacaran dan sebagainya.

Sebaliknya seorang mahasiswa Islam perlu menghabiskan masanya dengan usaha-usaha amal Islami dengan niat yang ikhlas, kerana hanya mahasiswa Islam yang ikhlas berjuang sahaja yang akan mendapat pertolongan dan kemudahan daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan bahawa sesiapa yang berusaha untuk mempertahankan dan menegakkan agama Allah, maka pasti Allah akan menghadirkan pertolongan-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: ayat 7)

Apa yang penting sekarang ini adalah para mahasiswa perlu menggembleng segenap potensi yang ada pada diri mereka, dan melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah, untuk membebaskan masyarakat daripada belenggu kejahilan jajaan taghut dan membawa mereka kepada cahaya iman. Tugas besar ini pastinya memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua individu di dalam organisasi dakwah. Tenaga dan kepakaran yang pelbagai yang ada pada mahasiswa Islam harus digembleng sebaiknya.

Moga dengan penghayatan yang sempurna terhadap misi dakwah dan kepentingan tarbiyah menjadikan kehidupan seorang mahasiswa itu lebih bermakna bagi dirinya dan juga umat seluruhnya. Memang sehingga kini kita masih mendambakan seorang pemimpin yang terhasil dari mold Islam yang sempurna dan mempunyai ketokohan yang luar biasa.

Bilakah Masa Berehat

February 13, 2014

aaa

Suatu hari, anak Imam Ahmad bin Hanbal iaitu Abdullah bin Ahmad bertanya kepada bapanya akan satu soalan:
“Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?”

Sambil memandang lembut ke dalam mata anaknya, Imam Ahmad bin Hanbal dengan penuh hikmah dan tenang lalu menjawab soalan anaknya itu: “Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.”

Janji Allah dalam firman-Nya:
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: “Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya”. (Azzumar, ayat 73)

Jawapan yang dilontarkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal kepada anaknya di atas telah betul-betul menjentik hati kita tatkala mendengarnya. Kata-kata ini adalah antara kata-kata yang akan selalu terngiang di dalam benak kita terutama ketika datang perasaan mahu berehat-rehat dan bermain-main. Nasihat ringkas tapi mendalam dengan makna dan nilai yang diucapkan oleh Imam Ahmad ini dapat menepuk kita supaya sedar akan hakikat kehidupan di dunia ini. Kita di dunia ini selalu sangat banyak berehat dan mencari masa untuk berehat. Sedangkan dunia bukanlah tempat untuk kita berehat. Ia tempat untuk kita bersungguh-sungguh mencari bekal buat perjalanan menuju Hari Akhirat.

Terdapat berbagai kaedah telah diwariskan oleh ulama’ silam bagi kita mengulangi kejayaan mereka, antaranya :

Kaedah 1:
تكميل الرصيد التربوى الواقعى الذى تتركه طبائع المجتمع فى الفرد
· Tidak bermula dari ‘zero’
· Ambil kira kesan tarbiyyah masyarakat pada individu.
· Perlu kajian lengkap terhadap kesan masyarakat pada individu – seminar khusus.
· Taqlid masyarakat lain dalam langkah awal dengan mad’u adalah silap.

Kaedah 2:
تزويد الداعية بنشريات المبادأة
· Sebagai medium pemula bicara, jangan biarkan cakap kosong habiskan waktu.
· Tidak biarkan setiap dai try cara sendiri sahaja.
·1Sepakatkan stand dai dalam peristiwa tertentu.

Kaedah 3:
مبادرة الداعية للتكلم بما يناسب حاجة المدعو
· Dai sepatutnya memilih tajuk perbualan.

Kaedah 4:
تكثيف ذكر المبررات الواقعية لوجوب العمل الجماعى
· Keperluan menjelaskan kenapa perlu berjamaah dari segi waqi’ disamping disebutkan dalil-dalil syara’
· Perlu jelaskan pertarungan haq dan batil dan kejayaan batil kerana kerjasama dan kerja jama’I
· Dai kadang kala tidak sedar perancangan dalam aturcara jahiliyyah dalam akhbar, kenyataan dan media massa.

Kaedah 5:
الأخذ من كل مدعو حسب طاقته والعطاء له حسب حاجته
· Semua mad’u tidak sama. Dai tidak hanya melihat kepada kemampuan intima’ pada mad’u saja.
· Perlu lihat sudut kehebatan yang mungkin boleh diguna pada masa depan (siyasi, penulis, kecerdikan, dihormati, berharta dll)
· Apa yang perlu diberi berdasarkan latarbelakangnya (sekolah tempat belajar, guru-gurunya, keluarganya, kecenderungnya, tarafhidupnya).
· Perlu buat andaian dan jangan letakkan mereka lebih atau kurang dari sepatutnya.

Kaedah 6:
ارجاء معركة المدعو مع أهله
· Ada mad’u terlalu semangat mengingkari keluarganya (riba, hijab dll) hingga timbul masalah kekacauan dalam tarbiyyahnya.
· Perlu difahami mereka bukan bertanggungjawab, pandangan kita terhadapnya tidak mengambil kira keluarganya dan kita faham masyarakat adalah korban.
· Mad’u perlu difahamkan dengan muwazanah baina al-masolih, tadarruj, hikmah, pemaaf dll kerana keluarga tidak faham sebagaimana kita faham.
· Ini bukan bermakna tarakkhus tetapi adalah mengambil cara yang sesuai.

Kaedah 7:
الحرص على تعادل أوقات النشاط العام مع اللبث فى المسجد
· Menjadikan suasana mesjid suatu program seimbang dengan program luar (sukan, rehlah, dakwah luar dll).
· Perlu dibentuk suasana menjadikan mad’u ada masa dengan dirinya sendiri (khlawah zatiyah dan tilawah Quran) tenang, memikirkan kesilapan dirinya dll.
· Da’I sekarang menjadikan kerja dakwah luar terlalu besar hingga tiada masa untuk dirinya di dalam masjid.

Kaedah 8:
تخفيف رغبة المدعو فى الاستكثار من الكتب الاسلامية
· Jangan biarkan mad’u memilih buku dengan banyaknya tanpa mengikut keperluan dan kesesuaian dengan marhalahnya.
· Da’I perlu membawanya ke kedai dan perpustakaan dan tunjukkan mana buku yang perlu dan kenapa.
· Pembacaan tidak manhaji mengucar kacirkan kefahaman dan peningkatannya.

Kaedah 9:
حمل المدعو على التأنى فى اداء دوره كداعية
· Mad’u baru perlu dididik beberapa bulan atau setahun sebelum lakukan dakwah secara berdepan.
· Bahaya terlalu cepat – lakukan kesalahan dan takut atau menghadapi respon syubhat yang tidak dapat dijawab.
· Tidak mengapa dia menjadi jambatan untuk menarik orang lain dan dibawa kepada da’i.

Kaedah 10:
احصاء بقية الخير فى المجتمع من خلال خلوات استفزاز الذاكرة
· Anasir baik dalam masyarakat ramai tetapi dilupai.
· Perlukan analisa teliti dan senaraikan – dicuba dan berjaya.
· Ambil masa sehari dengan kertas dan panggil ingatan orang yang ada peluang untuk didekati dan dibawa ke dalam dakwah : Saudara mara, jiran, kawan semasa kecil, sekolah menengah, universiti, satu kuliah, kawasan-kawasan tertentu, jalan demi jalan, seluruh bandar, pejabat demi pejabat, kenalan ayah dan ibunya, peniaga dll.
· Dapat cara perhubungan dengan semuanya dan buang nama yang tidak dapat dihubungi.
· Bahagi kepada 3 kategori : Potensi, kurang dan agak lemah. Berikan perhatian melalui ziarah, hantar sebaran, pastikan tahu jika ada program, ajak kenduri dll.
· Boleh dibuat secara jama’I dan markazi dan simpan dalam database.

1. Panduan- panduan Dalam Operasi Tajmie’

1. Menampilkan teladan yang baik sebelum berdakwah
· Rasulullah adalah teladan terbaik perlaksanaan tuntutan Islam secara yang syumul.
· Menjadi kewajipan bagi para daie untuk mengkaji dan mencontohi pekerti Rasul melalui Sirah Nabawiyah. Contoh yang mulia juga ada pada para sahabat dan tabien .
· Perlu menampilkan teladan yang baik kepada anak dan isterinya sebelum kepada masyarakat. Sebelum itu ia harus bermula dengan diri sendiri dengan memaksimumkan keikhlasan dan kejujuran kepada Allah.
· Syiar kita ialah “ Asleh Nafsaka Wad’u Ghairaka “ – perbaiki dirimu dan di waktu yang sama dakwahlah orang lain kepada Islam.
· Begitu juga syiar “Aqim Daulatal Islam Fi Qalbika, Taqum Fi Ardhika- Tegakkan negara Islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di atas muka bumi ini.
· Muaz ra berkata: Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menunai janji, melaksana amanah, menjauhi khianat, memelihara adab kejiranan, belas kepada anak yatim, berkata lembut, menyebarkan salam, beramal saleh, memendekkan angan- angan, sentiasa tetap beriman, meningkatkan kefahaman terhadap Al Quran, mencintai akhirat, merasa takut kepada hisab dan bersikap tawadhu’. Aku juga melarang kamu memaki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang jujur, mentaati orang yang berbuat dosa, menentang pemimpin yang adil atau membuat kerosakan di muka bumi. Aku wasiatkan agar kamu bertaqwa kepada Allah ketika berada di samping batu, pepohonan dan di rumah. Hendaklah kamu perbaharui taubat bagi setiap dosa yang tersembunyi dan terang. Riwayat Abu Nuaim.

2. Menambat hati sebelum memberi penjelasan
· Risalah kita adalah risalah kasih sayang. Rasa kasih perlu didahulukan agar penjelasan selanjutnya akan berlegar di dalam ruang yang harmoni
· Pembinaan hubungan yang baik adalah kunci untuk menambat hati manusia
· Anda haruslah disenangi terlebih dahulu sebelum usaha pengislahan akan ditanggapi secara positif kerana sewaktu perhubungan yang baik itu, mereka akan mengenali anda sebagai orang yang baik dan tiada kepentingan.
· Elakkan penggunaan uslub yang keras dan memaksa.

3. Memberikan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab
· Kefahaman adalah asas tindakan yang tepat dan betul
· Pengenalan kepada Allah dan risalah harus didahulukan sebelum meminta sebarang iltizam agar perlaksanaan tuntutan berdiri di atas landasan yang benar
· Kethiqahan terhadap perjuangan akan membuahkan iltizam yang tinggi

4. Bertahap- tahap dalam memberi tanggungjawab
· Syariat Islam turun bertahap- tahap . Dakwah juga mempunyai marhalah tertentu bersesuaian dengan realiti pendakwah dan juga realiti masyarakat.
· Jangan gopoh dalam berdakwah hingga melemahkan mad’u untuk menyertai operasi dakwah

5. Mempermudah, bukan mempersulit
· Taklif Rabbani mengambil kira kaedah bermulanya taklif dari yang mudah kepada yang berat seperti pengharaman arak dll.
· Mengambil kira kemampuan dan tahap keilmuan mereka.
· Islam membenci sikap ekstrim dalam apa jua keadaan.

6. Pupuk kesepakatan isu pokok sebelum bertembung dlm perkara kecil.
· Mendahulukan perkara- perkara asas dan utama sebelum perkara- perkara juz’ie, furu’ dan khilaf
· Kita jarang berselisih terhadap perkara yang asas tetapi sering berbeza dalam perkara juz’ie. Oleh itu mereka harus ditarbiyah agar menjiwai perkara ini.

7. Pendekatan yang mengembirakan sebelum yang menggerunkan.
· Bermulalah dengan sesuatu yang positif, disenangi dan menyeronokkan sehingga rasa kasih kepada Alllah dan perjuangan menjadi mantap.
· Bina ketahanan dalaman yang didasari iman dan kefahaman yang betul agar kesukaran dakwah dapat dilihat sebagai sesuatu yang manis dan bermakna.

2. Pelebaran berimbang dan berhemat:
· Bangga dengan kebenaran walaupun keseorang (contoh Ibrahim).
· Jahiliyyah keseorangan/dagang walau ramai.
· Muslim tidak menukar fikrahnya walaupun ditolak dan tidak menang- tidak seperti jahiliyyah.
· Sayyid Qutb:
جراء عند الله اينما وحيثما وكيفما ارادهم ان يعملوا : عملوا وقبضوا الأجر المعلوم ! وليس لهم ولا عليهم أن تتجه الدعوة الى أى مصير فذلك شأن صاحب الأمر لا شأن الأجير.
· Fitrah sukakan bilangan ramai dan menang.
· Mukmin suka menjadi Imam dan memimpin manusia lain dalam agama:
واجعلنا للمتقين اماما
· Pengumpulan pengikut perlu seimbang dengan kemampuan tarbiyyah dan kuasa murabbi perlu juga penambahan ilmu dan ibadat.
· Bermudah dalam penerimaan anggota ‘takwin’ membahayakan J.
· Kita berbeza dengan parti jahiliyyah yang menggunakan ‘rajul syari’’ untuk kepentingan mereka kerana mereka pragmatisma. Islam tidak menang dengan orang spt itu.
· Kemenangan jahiliyyah sementara adalah untuk mendedahkan kelemahan mereka dan membuktikan kehebatan Islam.

Pemilihan memelihara kiok..!
· Syarat qudwah mesti ada pada pada orang yang memegang jawatan dalam dakwah walaupun tidak terlibat secara langsung dalam amal tarbiyyah.
· Mereka juga dilihat oleh pengikut dan orang bawah.
· Kedudukan qudwah perlukan orang ‘azimah’ dan menjauhi rukhsah.
· Bahaya pemilihan ketua berpandukan kebolehan bercakap, sijil, masyhur atau selalu ke depan tanpa dikenali lebih dekat.
· Pemilihan perlu berpandukan iman, fiqh dakwah, kesibukan dalam kerja tajmi’ dan tarbawi dan jelas ketaatan (Umar kekalkan Ahnaf bin Qais setahun di Madinah sebelum dihantar kepada Abu Musa).

Kualiti bukan kuantiti

Amal Tajmik

January 20, 2014

picnic-2008

MERANGKA OBJEKTIF
Dalam keadaan kita bekerja membentuk rijal-rijal menjadi jundiy wa jundiyah, one thing that keeps us going is the ‘hamasah’. Hamasah adalah semangat yang akan menuntun kita untuk terus berlari atas jalan ini, untuk terus menempuh apa saja kepayahan yang mendatang. Tanpa semangat, gerakerja kita menjadi perlahan dan ‘hilang tempo’. Namun hamasah harus dilandasi dengan iman yang mendalam dan kefahaman dakwah yang sejahtera agar dapat terus kekal menuntun kita untuk berjuang. Hamasah, tanpa kehadiran iman dan kefahaman dakwah yang mendalam akan menjadikan kita gagal merangka kejayaan memperluas dakwah, lantas tersungkur jatuh dihambat ujian Allah dek kerana gagalnya kita memperhatikan sunnatullah.

Atas dasar inilah kita harus memulakan setiap perjalanan dakwah kita dengan asas iman dan kefahaman dakwah yang disertakan hamasah yang tinggi. Dan berusahalah membangun hamasah mad’u dan diteruskan dengan membangunkan iman, agar iman ini dapat terus membakar semangat/hamasah mad’u dan me’renew’nya semula.

Hamasah adalah antara ‘tumpuan’ kita dalam menarik perhatian logam-logam ini dalam mentajmik. Tidak dinafikan, setiap gerakerja itu berhak memilih cara manapun untuk ‘memancing’ logam, tetapi salah satu cara yang berkesan bagi waqi’ kita pada masa kini adalah dengan membangkit hamasah memperjuang islam. Kemudiannya hamasah diteruskan dengan pembangkitan iman. Jadi, dalam merangka sesebuah amal tajmik, kita seharusnya jelas apakah hadaf kita (read: matlamat jangka pendek atau objektif, dalam tujuan mencapai sesuatu matlamat yang besar di hujungnya). Kegagalan meletakkan hadaf dalam amal tajmik akan memberi risiko kepada perjalanan kita mentajmik dan mentajnid kelak. [Contoh bosan: kegagalan memotong bawang akan menyebabkan nasi goreng menjadi tak sedap kerana bawang yang berketul2 tidak dapat mengadun rasa. (oh bosannye contoh ini)]

Jadi, tips utama dalam merangka amal tajmik adalah dengan meletakkan satu penanda aras untuk dicapai di akhir program. Sebagai contoh, selepas ISK sepatutnya audiens sudahpun mengetahui sekian-sekian perkara dan bersemangat untuk join usrah/daurah seterusnya. Berusahalah untuk mencapai hadaf ini, selain berusaha untuk membangkitkan semangat mereka melibatkan diri dengan follow-up seterusnya. Kemudian, fikirkan dan rangkalah perancangan tajnid secara rambang.(e.g: mungkin setelah lima liqo’ follow-up, adik tersebut harus sudah mencapai sekian dan sekian. Dan setelah enam bulan bersama, adik saya perlu menjadi muayyid atau muntasib. Ini contoh sajelah)

Pointnya di sini adalah ‘psiko’ yang kita nak sampaikan, serta ke mana hendak kita halakan logam-logam mentah yang belum ditempa ini. Ingat, nabi berpesan-innamal a’malu binniyyat. Jadi, niyat kita memberi impak besar kepada akhir cerita kita ini nanti. Perancangan tajnid secara rambang dapat membantu kita tentang ‘perkara’ apa yg nak di-psycho-kan. Thus memastikan amal kita punyai misi yg jelas.

SISI KEMANUSIAAN
Jangan dilupakan, kita ini dalam usaha menimbulkan ‘rela’ di hati mereka utk menggabungkan diri dalam barisan kita. jadi, satu perkara yang MESTI diingat adalah kita perlu menjaga sisi-sisi kemanusiaan yang akan menentukan terbukanya hati mereka. Bukan sedikit orang yang terkesan dengan dakwah ini dan akhirnya menggabungkan diri dalam saff da’ie kerana ‘sentuhan-sentuhan’ keramat dari individu-individu yang mengikat hatinya. maka contohilah kisah2 mereka ini.

Berusahalah untuk menjaga hati mad’u dan mengikatnya serta menyantuni hatinya. Sesungguhnya hati itu raja seluruh tubuh, jika hati sudah terikat dengan izin-Nya, maka akan berlakulah tautan hati di jalan ini. Usah rosakkan mood mad’u dengan ayat-ayat mahupun mimik wajah yang tidak bersesuaian.

Masih teringat, seorang sang murabbi pernah menegur satu perkataan yang ana guna di hadapan mad’u iaitu ‘adik’ v/s ‘budak’. Ayatnya sangat simple, yang ana tuturkan kepada seorang sister dari pihak ‘kakak2’;- “Aminah ni budak Uni ABC”. Straight away ana ditegur; “bukan BUDAK, tapi ADIK… ADIK Uni ABC”

Perhatikan di sini, sesetengah perkataan mahupun riak wajah barangkali akhirnya membawa inqilabiyah terbesar dalam hidup seorang mad’u. Atau bisa sahaja mad’u2 kita pulang tanpa sebarang perubahan dalam hidupnya hanya kerana kata-kata dan riak wajah kita yang kurang ‘warmth’ atau ‘not-welcoming’. Jadi perhatikanlah sisi-sisi kemanusiaan ini, ikatlah hati mad’u dengan sahsiah kita agar dapat kita ikat hatinya dengan islam kelak.

Jadi, segala arahan atau instruction harus diberikan dengan ayat2 yang paling ‘halus’. Pastikan mad’u kita sentiasa merasa ‘related’ dengan kita, supaya dia dapat merasakan isi yang kita sampaikan itu dekat di hati. (kenapa TV selalu dekaat di hati orang? Apa yang orang tv cakapkan sampai penonton boleh ketawa bila dia berlawak, dan menangis melihat scene2 sedih? Fikir2kan)

ANTARA ADAB DAN SYARAK
Satu lagi perkara yang harus diberi perhatian adalah adab dan syarak. Adab, pada sesetengah kondisi memanglah tidak terkait dengan syarak. Tetapi jika tidak diperhatikan, bakal merisikokan kita melanggar syarak. Err faham ke?

Camni, kita ambillah satu adab yang paling common semasa kita menjalankan amal ini; adab pergaulan untuk dicontohkan.

Kita adalah cerminan. Adik-adik akan mengikut apa saja yang kita berikan, sama ada secara sedar atau tidak. Adakala, apabila telah tersentuh hatinya, hattakan segala perkara kecil juga akan mereka tiru. Apatah lagi yang besar2. Jika sekiranya yang kecil2 hingga besar itu semuanya baik belaka yang ditirunya maka Alhamdulillah. Tetapi jika sebaliknya? Ingatlah, apabila telah terungkai kunci hatinya, maka mad’u itu pasti akan bersedia menerima apa saja yang diberi. Termasuklah yang diberi oleh kita secara tidak kita sedari!

Jadi, perkara-perkara seperti menjaga adab dan batas pergaulan haruslah dititikberatkan. Sensitiflah dengan adab ini, kerana kita akan mendidik mereka melalui apa yang dipertontonkan kepada mereka. Takkanlah kita nak mendidik Islam yang tercampur-campur? Di satu sudut kita beriya-iya menegakkan islam, di sudut yang lain kita mencerminkan kelemahan islam yang kita pegang. Ayuh muhasabah bersama, kerana ini tidak lebih dari peringatan untuk diri ana sendiri.

PERSEDIAAN RUHI
Akhir sekali, janganlah dilupa agar mempersediakan sumber kekuatan yang paling powerful. Itulah dia persediaan ruhi, yang terdiri dari segala macam wajibaat yang perlu kita lengkapi. Paling utama-ciri mukmin yang hanya ada pada mukmin: sujud di mihrab dan rintihan istighfar di waktu sahur… Kerana persediaan inilah yang memberi kekuatan yang begitu seni, namun cukup mantap untuk membuat kita mampu mengesat peluh apabila lelah berlari, bingkas bangun apabila jatuh menyungkur.

Akhir sekali, pastilah kepada Allah sahajalah kita pulangkan segalanya, moga diterima amal kita. Perbetuli niat kita beramal. Moga Allah mencampakkan ikhlas di hati kita, walau apapun outcome amal kita kemudiannya nnt. Bertawakkallah, pasti ada habuan yang mendatang!

petikan dari Daieahmalaya

cina

Tembok besar China, 2009

Subhanallah. Sungguh luar biasa hasil bagi keimanan terhadap Allah. Dia menjadi orang yang positif terhadap apa-apa kejadian dalam hidupnya.

Di hatinya, sebelum menempuh sesuatu, terselit kebimbangan manusiawi. Tapi dia bijak memujuk diri untuk meletakkan sandaran pada Allah, bukan pada dirinya sendiri. Lantas, tanpa sedikit pun pengetahuan tentang hasil yang bakal dia peroleh dari usahanya, dia memejamkan mata rapat-rapat dan menempuh jua penuh semangat. Dia amat optimis dan percaya, jika dia tak mampu menghadapinya, mana mungkin Allah meletakkannya dalam situasi ini. Jadi sebenarnya dia mampu! Yang penting, paksi kebergantungannya pada Allah tidak pernah terubah bahkan padu menusuk. Langkahannya gagah sekali!

Moga kita menjadi orang-orang yang melangkah berani, penuh optimis insyaAllah.