Cuti dan Praktikal

June 22, 2009

sunriseincaorleHari ini, dah masuk hari ketiga saya dan beberapa kawan yang lain buat praktikal di kolej. Setiap hari jam 10 pagi hingga jam 5 petang. Kerjanya membersihkan 실험실 dan 분배 선. Banyak masa yang berlebih-lebih dan kalau difikirkan secara matang, banyak perkara yang boleh dibuat ketika itu. Jadi sejak hari kedua saya bawa sebuah buku yang sudah lama hendak ditatap dan dibaca, tapi ketika ini baru hajat kesampaian. Buku yang dimaksudkan bertajuk “Qabasat minar Rasul” bermaksud Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah SAW karangan Muhammad Qutb. Yang menariknya buku ini menghimpunkan hadis-hadis pilihan pengarang dan dihuraikan dalam bentuk yang hidup dan realiti. Bak kata penterjemah, jika pembaca membaca buku ini dengan cara menjiwainya, maka para pembaca akan mendapat sesuatu yang amat berharga utk kehidupan di dunia dan akhirat. Harapanku agar saya tergolong dalam golongan pembaca yang mampu menjiwai setiap bait ayat tulisan Muhammad Qutb ini. Ingin sekali saya memetik kata-kata Muhd Qutb yang terkesan dihati ini.

Keajaiban yang terdapat pada kewujudan diri manusia ini ialah keajaiban fitrah yang telah dijadikan oleh Allah bahawa setiap benda yang berasingan ini boleh berhimpun, bersatu, bertaut, kemudian dengan pertautan tersebut dia boleh menjadi kuasa terbesar di atas muka bumi. Perkara ini terjadi apabila zarah yang kerdil dan akan binasa ini mengambil panduan daripada Hakikat Azali yang kekal abadi. Ia akan bercahaya, bersinar dan akan menjadi terang seperti cahaya.

InsyaAllah saya akan meringkaskan segala isi pembacaan setelah habis bacaan kelak. Saya juga ada mengambil gambar pemandangan dari dalam 실험실 tadi dengan camera handphone.

pemandangan luar bilikpemandangan luarpemandangan luar

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.